Sorry, no right click

Thursday 11 April 2013

Kisah Pemadam&Pensel


Pensel      : Saya minta maaf.
Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.
Pensel      : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti
                  berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam
                  kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak.
                  Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan
                  kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang,
                  saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau.
                  Saya benci melihat awak bersedih. :)

. . Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam di atas & kita pula sebagai pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan. Kadang-kala mereka terluka, akan menjadi kecil(tua) & akhirnya hilang(meninggal dunia)
Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan.

dipetik dari Anonymous.

*****************************************************************************************************
Apa yg diceritakan tu mmg betul
Kedua orang tuaku banyak berkorban demi aku
I really really love you, mom & dad...
Thanks for everything...

No comments:

Post a Comment