Sorry, no right click

Thursday 8 November 2012

WHY..?

i saw you from afar .
i was so happy to see you.!

when i called out on you,
you turn and smile at me..but it was not your usual carefree smile.
NO! it wasn't...it was bland.

i was startled..speechless as you walk near me.

u were different..u changed..


Monday 5 November 2012

Awak, ingat lagi tak...

Assalamualaikum... =)

awak apa khabar? saya harap awak sihat wal'afiat..
awak tahu tak saya baru teringat kisah lama kita.
masa tu awak dan saya masih lagi di kolej.

suatu hari tu kawan-kawan sekelas kita sibuk mengusik kita berdua. saya malu sangat. 
awak pulak boleh buat tak kisah je. saya terus melenting. saya kata yang bukan-bukan. saya masamkan muka saya bila nampak awak.
sepanjang hari semasa dalam kelas kita tak bertegur sapa. 
sampaikan bila anis mintak tolong awak bagi barang dekat saya pun awak taknak. awak kata awak takut saya marah.
saya dengar perbualan korang masa tu. dalam hati rasa lucu jugaklah.dan sedikit kesal dengan perangai saya sendiri.. awak tak salah pun, tapi saya pergi marah awak pulak.

malam tu saya tengah main Angry Bird bila tiba-tiba telefon saya berbunyi. 
rupa-rupanya, awak hantar mesej..
awak minta tolong saya untuk beritahu dekat pensyarah yang awak akan lewat ke kelas esok.
saya rasa berbunga-bunga masa dapat mesej awak tu. padahal awak bukannya menghantar mesej cinta. 
sebenarnya saya dah lama sukakan awak tapi saya lebih suka simpan perasaan tu.
saya pun fikir dengan tekun sekali nak balas apa dekat awak. 
saya nak mesej dengan awak lama-lama sikit. 
ye lah..ini kali pertama awak mesej saya.
akhirnya saya dapat jugak idea. salah satu mesej dari awak selepas tu, awak bertanyakan tentang sikap saya pada siang tadi.
saya sengaja memberi alasan yang saya lapar sebab tu saya marah-marah. tak masuk dek akalkan ? tapi awak percaya..dan awak nasihat saya jangan skip waktu makan. awak siap nak tolong belikan saya makanan lagi.
waktu tu awak tahu tak hati saya sudah tertarik dengan sikap prihatin awak?

keesokan harinya kita sudah boleh berbual. walaupun kadang-kadang ada juga suara-suara mengusik kita. saya cuba untuk bersikap selamba.
malam itu pun selepas isyak, saya terima mesej dari awak..
saya rasa macam tak percaya. malam-malam berikutnya pun awak mesej saya.
lepas isyak je saya akan tunggu mesej dari awak..
perkara ini berlarutan selama seminggu..
sepanjang seminggu tu saya rasa bahagia sangat.

Sekarang ni, saya rindu kan waktu-waktu dulu. :')