Seronok betul bila saya marah, dia akan datang tersenyum dan peluk saya dari belakang. Hilang rasa marah tu.
Apa-apa saja yang saya buat dia akan perhati dan akan tolong bila saya dalam keadaan keresahan.
Tangan dia selalu menggenggam jari-jemari saya apabila saya ketakutan.
Apabila dia keresahan, saya akan menjadi teman setia untuk mendengar keluh kesah dia. Menjadi bahu tempat dia bersandar melepaskan lelah.
Kadang-kadang dia akan jadi seperti budak kecil. Membuat bising dan mengganggu saya semata-mata untuk mendapatkan perhatian saya. Tetapi apabila saya memerlukan ketua untuk membimbing, dia akan sentiasa menjadi ketua yang matang, rasional dan prihatin.
Hubungan kami tidaklah selalu bahagia tetapi dukanya hanya sementara.
Dia menghormati saya,menyayangi saya, melindungi saya dan mengajar saya.
Terima kasih ALLAH kerana meminjamkannya kepadaku.
Tolonglah kekalkan hubungan kami sampai ke Jannah-Mu ,Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim.. Amin.
No comments:
Post a Comment