Sorry, no right click

Tuesday, 26 March 2013

Maafkan saya, baboon...monkey...gorilla...

Sudah berbulan-bulan saya tidak mendengar khabar dari awak.
mana awak pergi? awak sudah lupakan saya ke?
tapi kenapa?
Adakah kerana saya tidak membalas kata-kata cinta awak dahulu?

Enam bulan yg lepas..

Awak, sebenarnya saya sukakan awak.
......Err..sorry. apa dia td?
Saya sukakan awak.
hah? Er...
Awak takde pape nak kata ke?
Mmm..... eh, kita dah lambat ni. Jom cepat!

**************

Awak, sebenarnya waktu tu saya rasa malu dan gembira pada masa yang sama.
Saya rasa nak nangis pasal gembira sangat.
Siapa sangka perasaan kita sama?

Tapi siapa juga sangka kerana saya tak bagi jawapan saya,
awak terus diam, hilang dari dunia saya.

Kenapa awak hilangkan diri awak?
Maafkan saya kerana tidak berterus terang..
Tapi kan awak, walaupun saya tidak melafazkan nya..awak tak nampak
ke setiap perbuatan saya pada awak?
Orang kata Action Speaks Louder Than Words.
Hmm...ni saya dah action, tapi awak tak paham-paham jugak...

Saya selalu berdoa semoga suatu hari nanti kita akan di ijabkabul kan.
Dengan ikatan yang sah itulah baru saya boleh meluahkan perasaan cinta saya kepada awak.

Malangnya, perkara itu macam tidak akan menjadi kenyataan..

Maafkan saya, MSA

No comments:

Post a Comment